asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Program Baik Pulih Rumah Secara Gotong Royong Parlimen Bukit Gantang

on .

Sebanyak 10 keluarga yang berdaftar dengan e-Kasih menerima bantuan program baik pulih rumah menerusi Projek Touchpoint 2017 di beberapa buah kampung di dalam  Parlimen Bukit Gantang.

 

 

Pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abd Fasal , Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak bagi Parlimen Bukit Gantang merangkap Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang di salah sebuah rumah yang terpilih.Pelaksanaan projek ini diselaraskan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak dan di laksanakan oleh Pejabat Daerah Larut Matang Dan Selama.

 

Pemukiman YAB Menteri Besar Perak di Parlimen Tanjung Malim

on .

22 Julai 2017 - Pemukiman YB Menteri Besar Perak telah diadakan di Parlimen Tanjung Malim pada 18-22 Julai yang lalu. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program pemukiman tersebut.  Tujuan program pemukiman ini adalah sebagai satu pendekatan kerajaan untuk berjumpa dengan rakyat  bagi mendengar segala kehendak dan keperluan rakyat untuk memastikan kerajaan dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Telah menjadi kebiasaan program pemukiman YAB Menteri Besar  dimulakan dengan program Fit Malaysia, Fun Run dan Fun Ride. Pelbagai agensi / jabatan kerajaan turut mengadakan pameran dan menyediakan kaunter bergerak supaya memudahkan masyarakat menyalurkan masalah mereka untuk dibantu oleh kerajaan.

Program Tazkirah Ramadhan 1438H

on .

 

 

21 Jun 2017 -Program Tazkirah Ramadhan Anjuran Biro Agama dan Kebajikan, Persatuan Wanita ICU Perak telah diadakan pada 21 Jun 2017 yang lalu dan telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Faiz bin Abdul Rashid.

Program tersebut telah berjaya dilaksanakan sebanyak 4 sesi sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini.  Tazkirah tersebut telah menyentuk perkara berkaitan  hukum -hukum fiqh  dan pengisian ibadat sepanjang Ramadhan serta sambutan Aidilfitri.

 

 

Program Jom Bantu Rakyat di Parlimen Bukit Gantang Taiping

on .

 

7 Jun 2017 -  Program Jom Bantu Rakyat Perak telah diadakan pada hari ini di Parlimen Bukit Gantang Taiping yang melibatkan 4 aktiviti iaitu: i). Melawat dua buah rumah daif di Kampung Pak Dollah, ii). Majlis Sumbangan Wang Zakat Yayasan Tabung Haji di Taman Mewah, iii). Taklimat Pembangunan SRJK (T) Taman Kaya dan iv). Majlis Sumbangan Zakat YBhg Dato Syed Abu Hussin kepada 25 buah SRAR Parlimen bukit Gantang dan majlis berbuka puasa YAB Perdana Menteri bersama rakyat.

Di dalam ucapannya, YAB PM menyatakan bahawa dalam usaha merapatkan jurang pendapatan masyarakat, kerajaan tidak berpegang kepada prinsip ekonomi kapitalisme tetapi sentiasa mengamalkan prinsip campur tangan secara bersasar dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Sebagai contoh, dua buah keluarga yang sangat daif di Kampung Pak Dollah, Kamunting bakal menerima bantuan dari segi kediaman yang lebih selesa di bawah program Jom Bantu Rakyat tidak lama lagi.

 

 

YAB PM juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Zambry yang telah mewujudkan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan dan telah mendapat pengiktirafan dalam usaha mereka membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah. Inisiatif kios bergerak yang menawarkan barang harian pada harga 30% lebih rendah berbanding harga pasaran, berupaya membantu menurunkan kos sara hidup buat mereka yang memerlukan.

Di samping itu, rakyat Perak bakal mendapat kemudahan jalan-jalan kampung yang diterangi lampu. Dengan peruntukan lebih RM8 juta, sebanyak 12,680 unit lampu akan dipasang sekaligus meningkatkan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya. YAB PM berharap ini akan meningkatkan kualiti hidup penduduk di kawasan kampung-kampung.

YAB PM juga turut menyerahkan sumbangan wang zakat ziarah kasih sayang Yayasan TH untuk diberikan terus kepada golongan asnaf yang memerlukan. Peruntukan ini adalah pembayaran zakat yang diwajibkan ke atas keuntungan Tabung Haji untuk dibayar kepada rakyat atau majlis-majlis agama.

Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2016

on .

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak

telah dianugerahkan sebagai penerima

ANUGERAH KHAS KESELAMATAN PERLINDUNGAN TAHUN 2016

Majlis Penyampaian Sijil AKKP Tahun 2016 akan disempurnakan oleh

YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada 10 Julai 2017.

Lokasi

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 66 | Minggu Ini: 672 | Bulan Ini: 2443 | Jumlah: 128144