asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Bubur lambuk 2012

on .

2 Ogos 2012: PPPN Perak sekali lagi mengukir memori indah sempena Ramadhan 1433H dengan Penganjuran Program Jom Masak-Masak Bubur Lambuk. Kali ini pelaksanaannya melibatkan 4 agensi lain iaitu Tabung Haji Negeri Perak, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak.

Pada tahun ini sebanyak 6 periuk bubur lambuk telah disediakan untuk diedarkan kepada semua warga kerja agensi yang terlibat dan juga kepada pelanggan Tabung Haji pada hari berkenaan. Aktiviti yang bermula seawal jam 8.00 pagi dilihat dapat mengeratkan silaturrahim antara warga semua agensi yang terlibat. Y.Bhg. Dato' Hasim bin Hasan, Pegawai Kemajuan Negeri, PPPN telah menyerahkan bubur lambuk kepada semua Ketua Jabatan agensi yang terlibat pada jam 2.30 petang sebagai simbolik perasmian acara edaran bubur lambuk kepada semua warga agensi yang terlibat.

masak bubur lambuk sempena ramadhan,

aktiviti muafakat kita amalkan,

semoga amalan mendapat keberkatan,

jalinan ukhuwah kita kekalkan.

 

[Galeri majlis]

Lokasi

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 28 | Minggu Ini: 28 | Bulan Ini: 2101 | Jumlah: 190968