asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

PROGRAM KELESTARIAN TUNAS MEKAR SIRI 4 TAHUN 2013

on .

tunas mekar bil 4

TARIKH: 4 JULAI 2013 (KHAMIS)
TEMPAT : GOPENG HALL, KINTA RIVERFRONT HOTEL & SUITE, IPOH, PERAK

Program Tunas Mekar ini merupakan projek perkongsian pintar di antara ICU JPM dan UiTM. Modus operandi projek ini ialah dengan menempatkan calon-calon graduan lepasan diploma / ijazah yang melepasi temuduga keusahawanan yang dijalankan oleh pihak UiTM dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak. Mereka akan ditempatkan bersama pengusaha-pengusaha yang layak berdasarkan bidang yang diminati oleh calon tersebut dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan sehingga 1 tahun.

Bagi negeri Perak, seramai 24 graduan dari pelbagai IPTA telah mengikuti program Tunas Mekar Siri 4 . Sebagai salah satu keperluan bagi melengkapkan graduan sebagai persediaan sebelum mereka meneruskan bidang latihan yang diceburi, PPPN Perak telah mengadakan Program Kelestarian Tunas Mekar Siri 4 tahun 2013 . Program berbentuk seminar ini dilaksanakan pada 4 Julai 2013 bertempat di Kinta Riverfront Hotel & Suite, Ipoh, Perak dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Objektif utama program ini adalah memberi pendedahan dan ilmu kepada graduan mengenai ilmu keusahawanan seperti perakaunan, pemasaran dan online business, memberikan semangat dan membuka minda graduan mengenai realiti dunia keusahawanan melalui sesi Sharing is Caring, memberi pendedahan kepada graduan mengenai peluang pinjaman melalui Taklimat Institusi Kewangan dan diharap dapat mengeratkan hubungan dan kerjasama di antara graduan, kaunselor dan kakitangan Pejabat Pembangunan Negeri Perak bagi memastikan program ini berjaya mencapai objektifnya.

Program yang telah dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri (PMP), Pn Hjh Samahah bt Abu Hassan ini disertai oleh 17 graduan dan 17 kaunselor UiTM Seri Iskandar, Perak. Urusetia telah menjemput penceramah yang merupakan usahawan yang telah berjaya bagi berkongsi pengalaman dan kejayaan mereka dengan peserta kursus ini. Antaranya adalah  Pn. Hjh Hanizah Hj Zainuddin, Pengarah Urusan D'or Rue Sdn Bhd dan En Nabil Majdi, Usahawan Online selaku Pengarah Hanabil Biz Online Centre. Selain itu, urusetia turut menjemput Pengarah SME Corp Malaysia Cawangan Negeri Perak, En Mohamad Rozlan bin Mohamad Razalli dan Pn Nur Habibahanin bt Mat Taha, Eksekutif TEKUN Nasional Cawangan Negeri PErak bagi berkongsi maklumat berkaitan pembiayaan perniagaan kepada peserta kursus. Diharapkan dengan adanya program seperti ini, pihak graduan akan lebih bersemangat dan bersedia bagi menghadapi cabaran dunia pekerjaan/perniagaan setelah tamat Program Tunas Mekar Siri 4 ini.

Galeri gambar

Lokasi

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 42 | Minggu Ini: 126 | Bulan Ini: 1569 | Jumlah: 190436