asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Majlis Graduasi Usahawan Perantis Tunas Mekar Siri 5 Zon Utara

on .

 

Majlis Graduasi Usahawan Perantis Tunas Mekar siri 5, Zon Utara telah diadakan pada 28 Mei 2015, di Dewan Bankuet, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Drs. Mohd Nizar bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, mewakili Menteri Besar Perak.

 

Majlis Graduasi ini telah menghimpunkan semua peserta Usahawan Perantis Program Tunas Mekar Zon Utara dari negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Negeri Perak telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi majlis bagi siri 5 (2014/2015) ini. Program Tunas Mekar merupakan program melatih usahawan lepasan diploma atau ijazah menerusi konsep mentoring dan intership di dalam bidang pilihan masing-masing. Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Universiti Teknologi Mara (UITM) ini telah melangkau usia 10 tahun. Dalam tempoh itu ramai usahawan bumiputera yang mengikuti program ini telah berjaya menjadikan bidang perniagaan sebagai satu sumber pekerjaan. Bagi sesi 2014/2015, seramai 84 peserta telah berjaya menamatkan latihan bagi zon utara. Seramai 4 peserta iaitu Cik Atiqah Binti Nazaruddin dari negeri Perak, Encik Abdullah Kamil Bin Noordin dari Negeri Kedah, Cik Noorul Shahida Binti Ramli dari negeri Pulau Pinang telah dipilih sebagai peserta terbaik bagi negeri masing-masing dan seorang peserta terbaik keseluruhan Encik Abdullah Kamil Bin Noordin dari Negeri Kedah telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Khas Ketua Pengarah ICU JPM (Zon Utara).

sumber: jasmei

Lokasi

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 47 | Minggu Ini: 131 | Bulan Ini: 1574 | Jumlah: 190441