asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

TPM Rasmi Ekspresi Negaraku di Kuala Kangsar

on .

 

15 April 2017 : YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyempurnakan program Ekspresi Negaraku peringkat Negeri Perak yang diadakan di perkarangan Dataran Pavilion, Kuala Kangsar. Program tersebut turut dihadiri oleh  YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Seri Dr. Salleh Said Keruak dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin.

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau memuji program Ekspresi Negaraku dan berpuas hati dengan perjalanan program itu yang memperlihatkan kejayaan yang baik dalam mewujudkan rasa kebersamaan dan sepasukan dalam kalangan pelbagai kaum.

Menurut beliau, semangat kecintaan kepada Malaysia bukanlah dibuat secara formal tetapi secara tidak formal bermakna ianya harus tercetus tanpa paksaan, dan lahir sendiri dari hati nurani rakyat Malaysia.

    

Program tersebut  mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran lebih kurang 10 ribu pengunjung yang hadir. Pelbagai aktiviti telah dirangka  bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat seperti Larian Bendera Negaraku, senamrobik, gerai-gerai pameran dan barisan trak makanan.

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak juga telah turut serta dengan membuka booth pameran sepanjang program tersebut.

Lokasi

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 28 | Minggu Ini: 28 | Bulan Ini: 2101 | Jumlah: 190968