asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Lawatan Pemantauan Sekolah Pulau Pangkor

on .

5 April 2017 - Satu lawatan pemantauan ke sekolah-sekolah di Pulau Pangkor telah diadakan bagi melihat keadaan sekolah yang dilaporkan berada dalam keadaan yang tidak kondusif bagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Lawatan ini telah diketuai oleh Puan Nordiana Atan, Ketua Penolong Pengarah (RMLT) dan turut disertai oleh wakil dari bahagian Pembangunan Masyarakat dan Institusi, Cik Jasmei Norhuda Razalli. Pasukan lawatan ini meninjau keadaan di Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor dan Sekolah Menengah Pangkor dan turut mengadakan satu sesi perbincangan dengan pentadbir kedua-dua buah sekolah tersebut.

Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor sering mengalami masalah apabila berlakunya banjir kilat kerana kawasan sekolah yang berada lebih rendah dari paras laut. Penyelesaian jangka pendek yang dilakukan oleh pihak sekolah adalah dengan membina penghadang air di pintu masuk semua kelas di aras bawah. Walaupun benteng ini dapat menghalang air daripada masuk ke dalam kelas, para guru menghadapi kesukaran untuk ke bilik darjah kerana paras air naik sehingga ke betis.

Keadaan kedua-dua buah sekolah ini boleh dipertingkatkan lagi dari segi pembaikan peralatan dan perabot sekolah yang dilihat sebagai tidak begitu kondusif bagi guru dan murid. Lebih memburukkan keadaan, struktur besi di sekolah yang berhampiran dengan laut ini lebih cepat berkarat dan rosak kerana terdedah kepada bayu air laut yang mengandungi garam. Pasukan PPPN Perak akan membentangkan hasil penemuan ini kepada pihak atasan yang berkaitan bagi tindakan sewajarnya diambil selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan yang ingin menerapkan Kaedah Pembelajaran Abad ke-21.

Lokasi

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 28 | Minggu Ini: 28 | Bulan Ini: 2101 | Jumlah: 190968