asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Bengkel eUsahawan Tunas Mekar Perak

on .

7 Mac 2017, PPN Perak - Satu bengkel eUsahawan bagi peserta Tunas Mekar 2017 telah diadakan di Bilik Taklimat Tingkat 9, Pejabat Pembangunan Negeri Perak. Bengkel ini disampaikan oleh wakil yang dilantik oleh MDEC iaitu En Mohamad Firdaus bin Ali. Berbagai topik telah diketengah oleh En. Firdaus seperti cara mengenali target market, maklumat mengenai Search Engine Optimization (SEO), pengiklanan melalui media sosial Facebook Page dan Instagram dan lain-lain. Semoga bengkel ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta Tunas Mekar sebagai salah satu medium untuk mengembangkan perniagaan yang mereka ceburi. Selain dari peserta Tunas Mekar, bengkel ini juga turut dimaanfaatkan oleh kakitangan pejabat ini demi menyahut seruan kerajaan dalam mencari pendapatan sampingan yang halal.

Apa itu Program eUsahawan?

Program eUsahawan yang diterajui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, menerusi MDEC, telah dilancarkan pada 23 November 2015 tahun lalu. Program eUsahawan ini merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Menerusi Program eUsahawan ini juga, rakyat berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital. Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro.

Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.

Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.

MAJLIS PENYERAHAN MASJID AS-SALAM, KAMPUNG BUKIT CHUPAK, PARIT

on .

 

2 Mac 2017, telah berlangsungnya satu Majlis Penyerahan Masjid As-Salam, Kampung Bukit Chupak, Parit melibatkan pihak Majlis Agama Islam Negeri Perak, Ahli Parlimen Parit, Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah dan Jawatankuasa Masjid As-Salam. Masjid ini telah siap dibina pada 27 Februari 2017 dengan kos sebanyak RM 2.5juta menggunakan peruntukan YAB Perdana Menteri. Masjid asal telah dirobohkan kerana telah uzur dan masjid baru ini mampu menampung Jemaah seramai 800 orang dalam satu masa. Masjid ini menjadi mercu tanda Kampung Bukit Chupak dalam memartabatkan syiar islam di Daerah Perak Tengah

Lawatan Refleksi Kecacatan Rumah KOTO RK

on .

28 Feb 2017- Desa Amanjaya @ Rimbunan Kaseh Negeri Perak. Satu lawatan dan mesyuarat bagi membincangkan isu kecacatan rumah KOTO dan lain-lain binaan di RK telah diadakan pada hari ini dengan disertai oleh ICU, JKR Negeri & Daerah, Pejabat Daerah & Iris Corp. Lawatan Refleksi dari laporan aduan peserta telah diketuai oleh Cik Robatul Adayiah bt Mohd Isa, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri, PPPN Perak dan dihadiri sendiri oleh Dato' Cheah Teng Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Sustainable Development Division, IRIS Corp. Bhd.

Mesyuarat memutuskan agar Iris mengambil tindakan pembaikan dalam tempoh seminggu​ bagi kes-kes kecacatan pembinaan yang kritikal bagi menjamin keselamatan peserta RK. Hasil perbincangan meja bulat bersetuju memberikan tempoh sehingga 17 Mac 2017 kepada IRIS CORP bagi menyelesaikan kerja-kerja pembaikan kepada setiap aduan yang diterima dari 100 rumah KOTO bagi setiap kecacatan pembinaan oleh IRIS.

Pemantauan berterusan akan dilaksanakan oleh ICU dengan kerjasama JKR dan agensi negeri lain bagi memastikan kejayaan pelaksanaan projek ini. Diharapkan dengan komitmen yang ditunjukkan oleh IRIS pada hari ini boleh diterjemahkan dalam bentuk kesegeraan kerja-kerja pembaikan seperti yang telah dijanjikan. Follow Up seterusnya akan disusul oleh PPPN Perak pada 6 Mac 2017 bagi kerja-kerja pembaikan 2 buah rumah yang mengalami kerosakan kritikal.

Sesi Mentoring Coaching Tunas Mekar Bersama MDEC

on .

17 Februari 2017 :Salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Unit Pembangunan Modal Insan (PMI), PPPN Perak dalam memperkasakan 8 peserta Tunas Mekar Siri 6 adalah dengan memberikan mereka pendedahan kepada strategi pemasaran. Sehubungan itu, antara pengisian bagi Slot Mentoring dan Coaching Sesi ke 4, urusetia PMI telah menjemput pegawai-pegawai MDEC untuk menyampaikan taklimat eRezeki dan eUsahawan yang telah diadakan pada 17 Februari 2017 yang lalu bertempat di Bilik Taklimat, PPPN Perak.

Taklimat yang telah diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada kelompok Usahawan Perantis TM6 yang kini sedang di'grooming' supaya mereka dapat mempelbagaikan teknik pemasaran selain dari kaedah konvensional. Di samping itu, mereka boleh memaksimumkan platform Kempen You Can Duit yang telah terlaksana di arus perdana sebagai metod pengembangan pasaran dan skop keusahawanan mereka.

Atas dasar berkongsi ilmu pemasaran online yang kini berupaya memberikan pendapatan tambahan kepada sesiapa jua, sesi ilmu kali ini telah dibuka kepada seluruh warga PPPN Perak yang berminat menceburi bidang keusahawanan. Respons yang positif ditemukan dan sesi seterusnya bagi peringkat kedua telah dirancang untuk diadakan dengan kerjasama PKNP dan Pusat eRezki Ipoh. Semoga dengan usaha yang sedikit ini , berupaya juga memberikan lonjakan semangat kepada peserta TM6 menjadi usahawan muda yang berpotensi tinggi dan mekar di dunia keusahawanan.

Lokasi

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 27 | Minggu Ini: 27 | Bulan Ini: 2100 | Jumlah: 190967