asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Persediaan Booth Pemukiman YAB MB Perak di Bagan Datuk

on .

Persiapan Booth Pemukiman YAB MB Perak di Bagan Datuk

bagan datuk

20 Januari 2016 BAGAN DATUK: Pegawai dan kakitangan telah bertungkus lumus menyediakan booth pameran di perkarangan Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (SABDA). Program Pemukiman Baginda YAB MB Perak di Bagan Datuk ini adalah yang ke-5 dalam siri Pemukiman 2016-2017 dan akan diteruskan ke daerah-daerah lain selepas ini. PPPN Perak memainkan peranan aktif dalam menyokong usaha YAB Dato' Seri Dr. Zambry bagi memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat.

bagan datuk
YB. Datuk Shahrol Zaman sempat mengunjungi tapak khemah bagi meninjau persiapan agensi dan jabatan.

Program Pemukiman di daerah baru Bagan Datuk ini telah berlangsung sejak 17 Januari yang lalu dan acara kemuncaknya pada hari esok, 21 Januari di SABDA.

Pengisytiharan rasmi Bagan Datuk sebagai Daerah Baru

on .

9 Januari 2016 BAGAN DATUK: Bagan Datuk hari ini secara rasmi diisytiharkan sebagai daerah ke-12 di negeri Perak. Titah perisytiharan itu dilafazkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (SABDA) di sini pada jam 11.14 pagi ini. Baginda kemudian menandatangani plak perisytiharan berkenaan. Selaras perisytiharan itu, ejaan nama Bagan Datoh secara rasmi ditukar kepada Bagan Datuk.

Turut berkenan berangkat ialah Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah serta Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah. Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Bagan Datuk yang dibuka oleh Tok Kelah pada tahun 1896 pada awalnya dikenali sebagai Sungai Keling atau Pekan Baru. Ia kemudian ditukar kepada Bagan Datoh yang merujuk kepada penempatan orang Melayu yang dibina atas air di tebing Sungai Perak digelar sebagai bagan serta asal nama Tok Kelah atas kesilapan orang Inggeris menuturkan dialek Melayu memanggil 'Tok" kepada 'Toh'.

Bagan Datuk berkeluasan 94,969.9 hektar dan mempunyai 70,300 penduduk sebelum ini berada di bawah pentadbiran daerah Hilir Perak sebelum diwartakan sebagai daerah penuh pada 15 Jun 2016.

 


 

Lawatan Penanda Aras EKSA daripada Majlis Perbandaran Taiping

on .

 

Kunjungan warga Majlis Perbandaran Taiping ke PPPN Perak telah berlangsung pada 2 November yang lalu dengan tujuan perkongsian pengalaman ke arah persijilan EKSA dan penanda aras. Ini adalah berikutan PPPN Perak telahpun dipersijilkan oleh MAMPU pada tahap cemerlang bagi kriteria komponen Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bertarikh 1 Mei 2015.

 

 

Sesi taklimat telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah PPPN Perak dan diikuti dengan ceramah ringkas persijilan EKSA. Selesai sesi taklimat, kunjungan PPPN WP dibawa meninjau pelaksanaan EKSA di setiap aras pejabat PPPN Perak. Banyak idea dan maklumat berhubung melaksana dan amalan berterusan EKSA dikongsi bersama selain membincangkan pematuhan arahan keselamatan yang harus dilaksana oleh jabatan kerajaan.

Karnival Sukan ICU KOPROJAYA Meriah Dengan Kehadiran Perdana Menteri

on .

Karnival Sukan ICU KOPROJAYA Meriah Dengan Kehadiran Perdana Menteri

 

ICU JPM melakar sejarah pada sambutan hari sukannya tahun ini apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluangkan masa meninjau Karnival Sukan Negara ICU KOPROJAYA di Institut Penilaian Negara (INSPEN), Bangi pada Jumaat, 7 Oktober 2016.
 
Perdana Menteri yang tiba pada jam 7 malam telah disambut oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah ICU JPM YBhg. Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof dan Pengerusi KOPROJAYA YBhg. Tuan Haji Muhammad Ammir Haron.
 
Perdana Menteri telah meluangkan masa beramah mesra selain turut menunjukkan kebolehannya bermain ping-pong bersama Ketua Pengarah ICU dan mengambil gambar selfie bersama peserta bola tampar, bola sepak, badminton, dan ping-pong.
 
sumber : Laman web ICU JPM

Mesyuarat Pengarah-Pengarah ICU JPM bil 5/2016.

on .

Mesyuarat Pengarah-pengarah ICU JPM bil 5/2016 telah diadakan dia Hotel Impiana Ipoh Perak pada 9 September 2016. Negeri Perak dianggap bertuah kerana telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi program ini.


Pemilihan Perak sebagai tuan rumah bagi Mesyuarat beeprestij di peringkat ibu pejabat ini dilihat sebagai satu penghormatan kepada Pegawai Kemajuan Negeri Perak, YBhg Dato Hj Hasim bin Hasan, dan seluruh warga kerja PPPN Perak.


Hotel Impiana telah dipilih sebagai lokasi bagi Mesyuarat ini kerana kedudukannya yang hampir dengan pusat bandaraya Ipoh. Ahli-ahli mesyuarat terdiri daripada pengurusan atasan ICU JPM, Pegawai-pegawai Kemajuan Negeri dari seluruh Malaysia dan pengarah-pengarah bahagian di ICU JPM, Putrajaya. Bagi meraikan YBhg Dato Seri Ketua Pengarah ICU JPM dan seluruh ahli mesyuarat, satu majlis makan malam yang santai telah diadakan di Pakeeza Restoran pada malam 8 September 2016.


Selesai mesyuarat pada 9 September, pada sebelah petang YBhg Dato Seri Ketua Pengarah telah sudi meluangkan masa bermain ping pong bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak. Turut bermain adalah Setiausaha Persatuan Ping Pong Ng Perak, Mr Chong dan Pegawai Belia dan Sukan En. Megat Hafizal, selain beberapa pemain dalaman dari PPPN Perak sendiri. Galeri gambar
 

Lokasi

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 27 | Minggu Ini: 27 | Bulan Ini: 2100 | Jumlah: 190967