asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Sesi Persekolahan 2016 RK

on .

Desa Amanjaya, Rimbunan Kaseh Negeri Perak, 4 Jan 2016 -  Melalui inisiatif yang digagaskan oleh Dato SDO Perak, demi memastikan pelan pemerkasaan modal insan Rimbunan Kaseh berjaya memenuhi misi sasaran, satu lawatan 3T (Tengok, Teliti dan Tindak) yang diketuai oleh KPPK (Pembangunan Masyarakat dan Institusi) telah dilaksanakan dengan penglibatan bersama UPEN Perak serta kerjasama dari Pejabat Daerah Tanah Kecil Kg. Gajah.

Melalui sesi 3T tersebut, dapat disimpulkan aspirasi memastikan pendidikan menjadi tunjang perubahan minda dan manifestasi dalam mengubah nasib dan kehidupan peserta RK berada dalam landasan yang betul dan terbaik. Pada sesi pertama persekolahan bagi anak-anak kecil peserta yang dikhususkan dibangunan serba indah Taska dan Tadika Kemas merekodkan kemasukan 8 peserta Taska dan 22 Pelajar Cilik Tadika.

Manakala untuk sesi persekolahan di peringkat rendah dan menengah di sekitar Kg. Gajah rekod kemasukan pelajar-pelajar adalah seperti berikut:-
Sekolah Rendah     :  100 orang pelajar
Sekolah Menengah :    47 pelajar

Melalui pemantauan yang berterusan dan kerjasama semua agensi dalam memastikan keberkesanan Program RK di Perak berterusan, diharapkan usaha yang dituai berbaloi mengubah nasib peserta-peserta Rimbunan Kaseh kepada lebih bersemangat dan berdaya saing.

sumber: Jasmei Norhuda

Orientasi Peserta Rimbunan Kaseh Negeri Perak Siri II

on .

28-29 Oktober 2015 - PPPN Perak dengan kerjasama UPEN Perak dan Pejabat Daerah Kecil Kg. Gajah telah menganjurkan Program Orientasi Peserta Rimbunan Kaseh Negeri Perak Siri II yang membawa objektif mencari 48 peserta terbaik bagi mengisi baki kekosongan Program Rimbunan Kaseh yang dijangka untuk dilancarkan menjelang Disember 2015.Dilaksanakan di Pusat Latihan UiTM Kg. Gajah, para peserta akan dinilai dan disaring sepanjang program.

Proses pemilihan sebelum ini telah mengenalpasti seramai 51 calon peserta. Pengisian program selama 2 hari, yang hampir 75% dilaksanakan oleh
IBS Training, Konsultan Latihan yang dilantik turut menyerapkan elemen Team Bulding dan Kemahiran Berfikir secara Kritis serta Ketrampilan
Peribadi Unggul sebagai melengkapkan jati diri peserta untuk mempunyai semangat iltizam yang tinggi seandainya terpilih ke Program Rimbunan
Kaseh.



Program yang disertai oleh 82 calon peserta ini menjadi lebih manis apabila YBhg. Dato' Haji Hasim Hj. Hasan, Pegawai Kemajuan Negeri
Perak juga turut sudi memberi kata-kata motivasi di salam satu slot khas beliau " sembang Santai SDO" yang mendapat sambutan hangat oleh para
peserta melalui kata-kata spontan dan analogi berkesan beliau yang disulamkan dengan kata-kata peransang bijak pandai dan Hadith-Hadith terpilih.

sumber: jasmei

iMonitor Dihargai Sekali Lagi

on .

12 Oktober 2015 - Aplikasi pemantauan mudah alih iMonitor sekali lagi telah diiktiraf pada konvensyen KIK Peringkat Negeri Perak baru-baru ini. Kumpulan Silver Observer telah dinobatkan sebagai Naib Johan Kategori Pengurusan dalam pertandingan tersebut dan berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM16,000.00, sijil dan piala.

Fasilitator kumpulan, Pn Muazatul, menyatakan kegembiraannya dengan kejayaan tersebut sambil menegaskan bahawa matlamat asal penghasilan aplikasi ini adalah bagi membantu tugas-tugas pemantauan dan kemenangan ini adalah satu bonus dan galakan kepada semua kakitangan di PPPN Perak.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada semua agar sentiasa berfikiran kreatif dan menghasilkan inovasi yang akan meningkatkan produktiviti kerja bagi menaikkan imej perkhidmatan awam.

sumber: badrul

Taklimat Penyebarluasan iMonitor

on .

Seksyen Pemantauan dan Penilaian PPPN Perak telah membuat satu taklimat mengenai penggunaan iMonitor kepada PPPN Sabah pada 2 September 2015 yang lalu. Ketua Penolong Pengarah (P&P), Pn. Muazatul Adawiyah berkata iMonitor boleh digunakan dan membantu dalam proses pemantauan projek secara terus dari lapangan terutama bagi negeri yang besar seperti Sabah. Beliau yang juga fasilitator kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Silver Observer telah disambut dan dilayan dengan penuh mesra oleh pegawai PPPN Sabah. Selesai sesi perbincangan, PPPN Sabah menyatakan minat mereka terhadap aplikasi mudah alih ini. PPPN Perak berbesar hati dan sedia bekerjasama bagi membantu PPPN Sabah dalam menggunakan iMonitor dalam jangka masa terdekat.

sumber: aiesa

Majlis Sambutan Hari Raya PPPN Perak 2015

on .

Sambutan Hari Raya PPPN Perak telah diadakan pada 24 Julai 2015 yang lalu bertempat di Dewan Serbaguna, Bangunan Tabung Haji Negeri Perak. Majlis turut meraikan anak-anak yatim dari Baitul Mubaroqah Ipoh. Majlis yang berlangsung secara sederhana tetapi meriah itu turut dihadiri oleh kakitangan dan bekas kakitangan PPPN Perak. Semoga program seperti ini dapat merapatkan lagi silaturrahim warga PPPN Perak.

sumber: webmaster

Lokasi

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 28 | Minggu Ini: 28 | Bulan Ini: 2101 | Jumlah: 190968