asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Kunjungan PPPN Wilayah Persekutuan ke PPPN Perak

on .

4 Jun 2015 - Kunjungan warga kerja PPPN Wilayah Persekutuan ke pejabat PPPN Perak telah berlangsung pada jam 10.30 pagi dengan tujuan perkongsian pengalaman ke arah persijilan EKSA dan penanda aras oleh PPPN Wilayah Persekutuan. Ini adalah berikutan PPPN Perak telahpun dipersijilkan oleh MAMPU pada tahap cemerlang bagi kriteria komponen Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bertarikh 1 Mei 2015.

  

Lawatan ini telah diketuai oleh Timbalan Pengarah PPPN Wialayah Persekutuan iaitu Tn Hj Ismail bin Porjo. Sesi taklimat telah dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato PKN Perak dan diikuti dengan ceramah persijilan EKSA oleh Tn Hj Yaakob bin Harun selaku AJK Latihan EKSA PPPN Perak. Selesai sesi taklimat, kunjungan PPPN WP dibawa meninjau pelaksanaan EKSA di setiap aras pejabat PPPN Perak. Banyak idea dan maklumat berhubung melaksana dan amalan berterusan EKSA dikongsi bersama selain membincangkan pematuhan arahan keselamatan yang harus dilaksana oleh jabatan kerajaan.

Lawatan ke seluruh pejabat PPPN Perak diakhiri dengan jamuan makan tengah hari dan penyampaian cenderahati dari kedua-dua pejabat. Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat kepada warga kerja PPPN WP dalam mendalami pelaksanaan EKSA di pejabat mereka nanti.

sumber: webmaster

Seminar IBS 2015-KERJASAMA CIDB DAN UITM

on .

UiTM dengan kerjasama CIDB akan mengadakan Seminar IBS bagi tujuan memupuk kesedaran dan memberi pengetahuan berkenaan IBS ke arah kerja-kerja pembinaan yang selamat, bersih, berkualiti dan cepat. Maklumat seminar adalah seperti berikut:

Tarikh :   9 Jun 2015 (Selasa)
Masa :     8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat :  Dewan Seri Iskandar, Kampus Seri Iskandar, UiTM Perak
Yuran :    RM 150/pax

Seminar ini terbuka kepada semua pihak yang terlibat dalam industri pembinaan termasuk kontraktor, profesional pembinaan, akademia dan pelajar. 

Seminar ini menawarkan 10 mata CCD (Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan) CIDB kepada pihak kontraktor yang berdaftar di bawah Akta 520. Seminar ini juga menawarkan mata CPD (Program Pembangunan Profesional Secara Berterusan) daripada badan-badan profesional kepada para profesional dan akademia dalam industri pembinaan.

Sila hubungi Puan Izatul (019 2773374) dan Puan Suhaila (019 9593717) untuk pendaftaran segera.
 





sumber: unit teknikal pppn perak

Majlis Graduasi Usahawan Perantis Tunas Mekar Siri 5 Zon Utara

on .

 

Majlis Graduasi Usahawan Perantis Tunas Mekar siri 5, Zon Utara telah diadakan pada 28 Mei 2015, di Dewan Bankuet, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Drs. Mohd Nizar bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, mewakili Menteri Besar Perak.

 

Majlis Graduasi ini telah menghimpunkan semua peserta Usahawan Perantis Program Tunas Mekar Zon Utara dari negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Negeri Perak telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi majlis bagi siri 5 (2014/2015) ini. Program Tunas Mekar merupakan program melatih usahawan lepasan diploma atau ijazah menerusi konsep mentoring dan intership di dalam bidang pilihan masing-masing. Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Universiti Teknologi Mara (UITM) ini telah melangkau usia 10 tahun. Dalam tempoh itu ramai usahawan bumiputera yang mengikuti program ini telah berjaya menjadikan bidang perniagaan sebagai satu sumber pekerjaan. Bagi sesi 2014/2015, seramai 84 peserta telah berjaya menamatkan latihan bagi zon utara. Seramai 4 peserta iaitu Cik Atiqah Binti Nazaruddin dari negeri Perak, Encik Abdullah Kamil Bin Noordin dari Negeri Kedah, Cik Noorul Shahida Binti Ramli dari negeri Pulau Pinang telah dipilih sebagai peserta terbaik bagi negeri masing-masing dan seorang peserta terbaik keseluruhan Encik Abdullah Kamil Bin Noordin dari Negeri Kedah telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Khas Ketua Pengarah ICU JPM (Zon Utara).

sumber: jasmei

Majlis Penyerahan Projek Bekalan Air Bersih, Lenggong, Perak

on .


Pada 15 Mei 2015, majlis penyerahan Projek Bekalan Air Bersih di Kampung Beng, Kampung Chepor, Kampung Luat, Kampung Talong, Kampung Pulau Chery dan Kampung Bukit Sapi, Lenggong, Perak telah diadakan di Dewan JKKK Kg. Luat, Lenggong, Perak. Projek ini melibatkan peruntukan bernilai RM10,320,000.00 telah disempurnakan oleh Pegawai Kemajuan Negeri Perak, Dato' Haji Hasim bin Haji Hasan di hadapan hampir 30 orang penduduk kampung beserta ketua-ketua kampung yang terlibat.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah, Ahli Parlimen Lenggong, Perak. Wakil dari Lembaga Air Perak Kawasan Gerik, Penolong Jurutera Bahagian Pelanggan, En. Khairul Anuar bin Sahak, wakil kontraktor utama Mega Manjung Sdn. Bhd. dan wakil perunding-perunding juga turut hadir bersama dalam majlis tersebut.

Seminar Pengenalan Perakauan Akruan

on .

Tarikh : 5 Februari 2014 (Khamis)

Masa : 9.00 - 11.00 pagi

Tempat : Dewan Taklimat, PPPN Perak

Penceramah : En. Mohd Hazrul bin Che Rahim, Penolong Pengarah Kanan, JANM Negeri Perak.              

 

Seminar asas perakauan akruan ini di dianjurkan sebagai pendedahan awal kepada konsep dan perubahan yang akan berlaku setelah Perakauan Akruan dilaksanakan sepenuhnya pada 2016. Penceramah khas dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak telah hadir memberikan taklimat. Antara isu-isu yang dibincangkan adalah perubahan asas perakauan, halatuju perakaunan Negara, dan pelaksanaan sistem 1GFMAS. Pada akhir seminar, peserta berpeluang untuk bertanyakan soalan dan bertukar pandangan bersama penceramah.

Lokasi

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 27 | Minggu Ini: 27 | Bulan Ini: 2100 | Jumlah: 190967