asal merah hijau biru mobile version rss

Malay (Malaysia)English (United Kingdom)

Perutusan Pegawai Kemajuan Negeri Perak

 

Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia,

Selamat datang ke Laman Web Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak (PPPN Perak). Adalah menjadi hasrat pentadbiran ini untuk menjadi penghubung di antara Kerajaan dan rakyat terhadap perkembangan teknologi informasi dan komunikasi yang menjadikan dunia tanpa sempadan. Menerusi laman web ini, rakyat mampu untuk menembusi dunia informasi tanpa mengira lokasi dan tempat tinggal secara on-line.

Penguasaan terhadap Ilmu IT di kalangan rakyat yang semakin meningkat serta keperluan untuk berada selari dengan kemajuan komunikasi yang begitu pantas menyedarkan kerajaan untuk mempertingkatkan prestasi penyampaian maklumat kepada rakyat agar sentiasa betul, cepat dan mudah dicapai. Di bawah urustadbir yang telus, rakyat dapat melihat dan mengetahui maklumat–maklumat serta perkembangan jabatan Kerajaan melalui portal yang di sediakan. Ini selaras dengan hasrat Kerajaan untuk merealisasikan Kerajaan Elektronik. Sehubungan itu, melalui laman web ini juga dipaparkan maklumat-maklumat berkenaan pelaksanaan & pemantauan projek-projek Persekutuan di bawah Projek Khas, Projek Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Projek/program Pembasmian Kemiskinan di seluruh Negeri Perak.

Justeru, saya berharap agar dengan adanya laman web ini, ianya dapat dimanfaatkan bersama oleh segenap lapisan masyarakat khususnya rakyat dan agensi–agensi Kerajaan di Negeri Perak yang ingin mengenali atau mendapatkan maklumat berkaitan pentadbiran ini. Akhir kata, selamat melayari Laman Web Rasmi PPPN Perak.

PPPN Perak sedia memberi khidmat kepada anda.



Dato' Hasim bin Hj Hasan
Pegawai Kemajuan Negeri Perak

Lokasi

Tinjauan Perkhidmatan

Anda berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan kami?

tinjauan

PELAWAT Hari Ini: 53 | Minggu Ini: 497 | Bulan Ini: 3048 | Jumlah: 135261